Powered By Blogger

Jumaat, 23 Disember 2011

geografi nota berkecamuk ,sorry :P

GEOGRAFI….
BAB1:KEDUDUKAN
KEDUDUKAN RELATIF
v  Kedudukan secara bandingan dengan mengambil kedudukan satu objek lain sebagai titik rujukan.
v  Contoh:kiri,kanan,hadapan,tengan dll.
v  Kurang tepat.

KOORDINAT
v  LAJUR:GARISAN MENEGAK






v  BARIS:GARISAN MELINTANG
















BARIS+LAJUR=KOORDINAT


















































KOORDINAT ADALAH TITK PERSILANGAN ANTARA LAJUR DAN BARIS.
LAJUR DINYATAKAN DAHULU DIIKUTI DENGAN BARIS.



























BAB 2:ARAH

4 ARAH MATA ANGIN UTAMA

v  UTARA
v  SELATAN
v  TIMUR
v  BARAT

4 ARAH MATA ANGIN PERANTARAAN
v  TIMUR LAUT
v  TENGGARA
v  BARAT LAUT
v  BARAT DAYA
Ciri-ciri kompas magnetik.
1.    Jarum kompas bebas bergerak.
2.    Mudah dibawa kerana saiz yang kecil dan ringan.
3.    Jarum magnet sentiasa menunjuk ke arah utara.
4.    Jarum tertarik kepada bahan besi.
5.    Dipengaruhi oleh daya magnet bumi.
Skala dan jarak.
Skala:nisbah jarak pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.
Skala lurus:satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

Jarak.
Jarak mutlak:dinyatakan dalam unit meter dan kilometer.
Jarak relatif:dinyatakan dari segi masa dan kos.

Graf.
Kaedah mengumpul data.
1.    Pemerhatian
2.    Temu bual
3.    Banci
4.    Soal selidik/tinjau siasat/survei
5.    Rujukan(bahab bercetak,media dan internet).
Graf bar mudah.

Graf garisan.
Digunakan untuk menggambarkan perubahan sesuatu kuantiti mengikut masa.

Bab 6:bentuk muka bumi.
Kedudukan Malaysia.
1.    Terletak di 1 darjah utara hingga 7 darjah utara latitud dan 100 utara timur hingga 120 darjah timur longtitud.
2.    Keluasan kawasan 329733 km persegi.
3.    Terletak di tengah-tengah jalan laut antara timur dengan barat.
4.    Terletak di luar lingkaran Api Pasifik.
Tanah tinggi.
1.    Banjaran Bintang.

·         Selatan Thailand menganjur ke Perak.
·         Kemuncak tertinggi ialah Gunung Bintang(1862m).
·         Tempat peranginan Bukit Larut.

2.    Banjaran Tahan.

·         Banjaran tertinggi di semenanjung Malaysia.
·         Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan(2187m).
·         Taman Negara terdapat disini.

3.    Banjaran Titiwangsa.

·         Banjaran terpanjang di Malaysia.
·         Puncak tertinggi ialah Gunung Korbu.
·         Menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.
·         Kawasan peranginan ialah Tanah Tinggi Cameron,Tanah Tinggi Genting, dan Bukit Fraser.

4.    Banjaran Crocker.

·         Banjaran gunung terbesar di Malaysia.
·         Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu(4101m),gunung tertinggi di Asia Tenggara.
·         Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.

Sistem gunung lipat.
·         Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Banjaran Gunung Asia,iaitu bermula dari Pusaran Pamir di utara India.
·         Banjaran di Malaysia terbentuk daripada proses lipatan kerak.

Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua.

Gunung Lipat Muda
Gunung Lipat tua.
Terbentuk 35 juta tahun dahulu.
Terbentuk 250 hingga 600 juta tahun dahulu.
Tinggi,kasap dan tidak stabil
Kawasan yang stabil.
Masih mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi
Mengalami proses penggondolan yang pesat.
·          Banjaran Himalaya
·          Banjaran Rocky
·          Banjaran Andes
·          Banjaran Titiwangsa
·          Banjaran Ural
·         Banjaran Appalachian.
v  Banjaran yang terpanjang di dunia ialah Banjaran Andes di Amerika Selatan(7472km).
v  Gunung yang tertinggi di dunia ialah Gunung Everest(8848m).
Tanah pamah.
1.    Dataran Kedah-Perlis.

·         Dataran aluvium penting untuk menanam padi.
·         Dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia.

2.    Dataran Kelantan.

·         Kaya dengan tanih aluvium yang subur sesuai untuk penanaman padi.

3.    Dataran Terengganu.

·         Sempit,terputus-putus dan berpasir.
·         Sering mengalami banjir semasa Monsun Timur Laut.

4.    Dataran Pantai Barat Sabah.

·         Sempit dan terputus-putus tapi maju.

5.    Delta Rajang.

·         Dataran yang terpenting di Sarawak.
·         Bertanih aluvium sesuai untuk penanaman padi.

6.    Dataran Johor.

·         Kawasan beralun,berbukit-bukau dan mempunyai hutan paya.
·         Merupakan dataran terhakis.

Pinggir laut.
·         Tanjung merupakan dataran yang menganjur ke laut.
·         Teluk ialah kawasan yang menganjur ke daratan.
·         Tebing tinggi terdiri daripada batuan keras dan bercerun curam.
·         Pantai ialah timbunan pasir dan batu kelikir di pinggir laut.
·         Anak tanjung ialah permatang pasir yang menganjur ke laut.
·         Tombolo ialah beting pasir yang menghubungkan daratan dengan pulau.
·         Gua terbentuk di kaki tebing tinggi akibat hakisan ombak.
·         Batu tunggul terbentuk apabila bumbung gerbang runtuh.
·         Gerbang laut terbentuk apabila gua menembusi tebing tinggi.
·         Pulau ialah sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut.

Pentas benua.
·         Pentas benua juga dikenali sebagai pelantar benua.
·         Ia merupakan bahagian dasar laut yang cetek yang berdekatan dengan pantai.
·         Kedalamannya ialah 180 meter dari permukaan bumi.
·         Dasar lautnya cetek membolehkan cahaya matahari memancar sehingga ke dasar laut.
·         Air lautnya panas dan mengalakkan pertumbuhan sejenis makanan ikan yang dipanggil plankton.
·         Kawasan ini merupakan kawasan pembiakan ikan dan penting sebagai kawasan perikanan.
·         Contohnya,Pentas Sunda dan Pentas Sahul.

Saliran di Malaysia.
Pola saliran:pembentukan sungai menghasilkan pola saliran.
1.    Pola reranting.

·         Terbentuk di Lembangan Sungai.
·         Struktur batuan adalah sama keras.
·         Kelihatan seperti batang,dahan dan ranting pokok yang bercabang.
·         Contohnya,Sungai Kelantan dan Sungai Pahang.

2.    Pola sejajar.

·         Terbentuk apabila anak-anak sungai mengalir dan bercantum dengan sungai utama secara selari.
·         Dapat ditemui di kawasan yang bercerun curam.
·         Contohnya,Sungai Kinabatangan.

3.    Pola jejari/sepunca.

·         Terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca(gunung atau tasik)ke semua arah.
·         Berbentuk jejari.
·         Contohnya,sungai di Gunung Kinabalu dan di Gunung Benom.


4.    Pola bersirat.

·         Terbentuk apabila aliran sungai menjadi perlahan kerana memasuki kawasan tanah pamah dan mempunyai banyak alur sungai yang bersirat.
·         Dapat ditemui di kawasan delta dan dataran mendap.

5.    Pola setumpu.

·         Terbentuk apabila sungai mengalir masuk ke kawasan paya atau tasik.
·         Terdapat di kawasan rendah.
·         Contohnhya,Tasik Bera,Pahang merupakan satu-satunya pola setumpu di Malaysia.

6.    Pola jejala.

·         Terbentuk di kawasan hulu yang mempunyai lapisan batuan keras berselang-seli dengan batuan lembut.
·         Cawangannya mempunyai banyak anak sungai kecil dan pendek.
·         Anak sungai mengalir bersudut tepat(90 darjah) memasuki cawangan.
·         Contohnya,Sungai Perak.
Profil panjang dan profil rentas Sungai.
1.    Bahagian hulu.

*      Lurah berbentuk V
*      Hakisan menegak
*      Daya hakisan kuat
*      Proses penghakisan
*      Jeram
*      Air terjun
*      Lubuk sungai.

2.    Bahagian Tengah.

*      Lurah berbentuk U
*      Daya hakisan tidak sekuat di hulu.
*      Proses pengangkutan dan pemendapan.
*       Likuan sungai
*      Susuh bukit berpanca.

3.    Bahagian hilir.

*      Proses pemendapan giat berlaku.
*      Tasik ladam
*      Tetambak dan dataran banjir
*      delta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan